Wednesday, 3 April 2013

Musim Pilihanraya.

Pengumuman di media baru sahaja mengesahkan pembubaran parlimen. Tak payah cakap banyak tunggu SPR pulak umumkan tarikh mengundi. Bab-bab macam ni mulalah semua benda pun nak politik dari dekat warung, kedai, pasar raya, tepi jalan, jambatan, bawah jambatan, tandas, tempat kerja pendek kata semua tempat pergi pun orang bercerita pasal politik.

Ironinya kenapa semua orang tiba-tiba hebat berbicara politik ni. Bagai semua orang punya ilmu mengenai politik. Mulalah kempen memenangi hati-hati rakyat dengan janji-janji manismu itu terpampang di mana-mana. Tender-tender pasang bendera mula dibuka. Berduyun-duyun adik-adik sekolah yang mahu dapat wang saku  waktu malam pasang bendera parti pembangkang. Kecil lagi sudah disogok dengan duet untuk menentukan pemerintah. Kasihan. Jalan raya yang berlubang mula diturap, ceruk-ceruk kampung terbiar, muka-muka sepatutnya ada untuk luahan hati rakyat mucul semula bagai sebelum ini pergi bercuti sahaja lagaknya. Bantuan-bantuan orang miskin mula diberikan dan dipampang muka depan akhbar, tidak kurang juga yang kaya turut terima tempias walau mereka tidak punya hak keatasnya.

Manifesto yang kedengaran tidak logik seperti berjanji tidak menggunakan akal berfikir yang waras, kami rakyat tidak mahukan pemerintah yang menggunakan tipu muslihat, cukuplah beri kami kerajaan yang tulus, berjuang demi rakyatnya, memerintah demi agama, bangsa dan negara. Itu sahaja suara kami, bukan selepas mengundi sewenang-wenangnya menaikkan harga, rasuah di mana-mana, tanah terjual merata, hak kami sebagai rakyat di rampas. 

 (Sumber : Google)

Kerajaan daripada rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat. Hidup MALAYSIA! Tanah tumpah darahku. Janganlah kita berpecah belah hanya kerana tidak sefahaman pendapat. Dah rasa macam wakil rakyat bagi ucapan gituw. Mohon daftarkan diri mengundi di lubuk hati saya. LOL!

Stay Love,
xoxo

No comments:

Post a Comment