Monday, 1 April 2013

#Ku Telah Jatuh Cinta, 1



Bila masa kita sedar kita telah jatuh cinta? Mula-mula sekali kebanyakannya jatuh cinta waktu zaman persekolahan. Cinta monyet katanya. Dua-dua monyet yang terperangkap dengan perasaan suka-suka. Bukan cinta mana pun waktu tu.  Bagi gua zaman persekolahan ini, kita mudah sangat jatuh sayang pada sesiapa, tapi bila orang kabor ke gua cinta pandang pertama, bagi gua tidak. Ia lebih kepada perasaan suka. Kadang-kadang tengok cikgu praktikal pun lu dah sengih-sengih sensorang. Hah, tu perasaan suka. Suka ni kat sesiapa pun boleh kita rasa. 



 (sumber : google )

Sebenarnya, engko yang bercinta waktu sekolah ni lebih pada perasaan tercabar dengan kenkawan yang ada pakwe makwe ni ye dak?  Tak kan nak lone ranger forever alone pulak bila semua kenkawan waktu rehat ke waktu cikgu mesyuarat ke pergi dating dengan pakwe makwe. Yang engko tercongok dalam kelas sensorang. Waktu tu lah engko tengok semua budak-budak bercinta ni engko rasa cilake sangat kalau takde pakwe. Yang tengah bercinta kononnya tu cakaplah ‘You lah yang paling I sayang, sehidup semati’ nanti besar kita kawen nak anak sepuluh orang’. Engko nak pergi mana dengan sehidup semati engko tu. Duet belanja pun mak bapak yang tanggung ada hati engko nak anak sepuluh. Heh.

Fasa ni yang senang sangat engko nak suka dekat makwe yang putih gebu, kecil molek konon-konon comel tu. Pasaran memang laku. Kalau yang pakwe pulak engko suka sangat kalau ada pakwe-pakwe ni aktif bersukan. Memang melonjak lah dikelilingi peminat rahsia (baca : Secret Admirer).  Tapi kalau yang tak berapa ada pasaran ni, jangan sampai terjun bagunan pulak, engko pun boleh bercinta sebab zaman sekolah ni ayat pickup line bersepah-sepah.  

Pesen abang angkat ni pun siot jugak gua rasa, sebenarnya engko memang suka dekat senior engko ni, tapi tak nak mengaku. Play save cakaplah abang angkat lah adik angkatlah tapi bila orang tu dah ada makwe, korang punya frust macam mati laki.  Kalau boleh usha line makwe abang angkat engko tu boleh bawak bergaduh. Siap sound-sound lu pehal, mak bapak lain-lain kot nak berabang sangat ni. 

p/s : Sape tak pernah melalui cinta zaman persekolahan ni, engko memang pelajar harapan sekolah. Bakal pemimpin masa depan, bakal doktor-doktor dan bakal jutawan. Eh. Agak-agak pakwe gua dulu ingat balik tak ke gua? Kalau ingat mohon contact gua semula. Perlu ke?

Stay love,
xoxo

No comments:

Post a Comment