Thursday, 28 March 2013

Mini Reuni.

Hai uolls. ( Jalan  melambai persis model )

Hokey tu over sangat mak rasa persis model. Kemain sangat ayat intro tu hah. Entah mende lah yang terlalu sibuk pun mak tak tahu nak cakap. Serasa hidup mak bulan dua membawa ke bulan tiga ni macam sesak nafas. Nak tarik nafas pun bagai mencuri udara percuma ni. Bayangkanlah yang percuma ni pun sesak nafas di buatnya kan, tiba-tiba udara yang kita gunakan ini perlu bayaran? Jangan dilayan over mak ni hah, mementang baru lepas tengok wayang kemain ayat nak saintifik sangat. Eh.

Amboui, sibuk mengalahkan isteri Perdana Menteri lagaknya, dengan jemputan kenduri kawin setiap minggu, musim orang nak buat anak gamaknya bulan tiga ni, mak tengok cuaca dekat luar tu kemain panas melengit, ni pehal semua nak kawin ni. Blergh!. Celupar bagai tiada insurans mulat mak ni, yela kalau musim hujan tu macam boleh terima lagilah. Sejak balik dari USM ni mak memang takde masa nak bersosial network ni. Susur masa tu pun lama mak tak jengah, tapi BIS mak update tiap minggu tu memang saja bagi duet free ke celcom. Haritu kenduri kawen ke rumah Suzana budak kelas waktu dekat Politeknik tu memang sangat marvelous. Lama tak lepak dengan mereka semua. Si cantik jelitawan, wanitaan, setiausahaan sekalian sempat lah meluangkan masa berlibur bersama mereka. Bila karoke dekat Red Box The Curve tu mak rasa macam nak pitam sekejap harga dia 3 jam RM 650++ termasuk buffet. Motif sangat mahalnya tu. Tapi sebab we olls jarang sambut tetamu dari Penang yang lagaknya bagai duduk di Melbourne tu, setakat naik kereta 4 jam perjalanan boleh sampai, kenalah buat sambutan besar-besaran ala datin turun padang. 

Mak dengan si Fyna debab tu jadi mastermind plan nak karok ni bagai. Seronok juga terkadang bila berjumpa rakan-rakan yang gila kepala semuanya. Lepas tu surprise birthday party dak Ajah ni buat beliau macam terharu konon. Untunglah badan rakan-rakan terdekat raikan. Tahap artis nan hado sambut dekat Red Box gitu. Hahaha. 

Kalau dilayan cerita macam bagus mak ni korang memang rasa macam nak lempang kan? Mak tahu yang mak ni agak glemerous gitu dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Lulz.


we're bestie.

the gojeous hot stuff lady.

bride's maid gitu.

Apa pun yang berlaku suatu tika dahulu, jika difikirkan ianya hanyalah proses pembesaran kita sebagai manusia. Dulu kami pernah bercanggah pendapat, bertegang urat, berkutuk papat yang ni mak guna ayat klasik gitu. Walau apa pun kami tika dahulu, kini, persahabatan itu mengeratkan kami. Masih berhubung, masih menjadi antara orang terpenting dalam hidup kami, sebahagian hidup kami jauh di sudut hati kami menginginkan yang terbaik buat mereka. 

Andai satu hari diri ini dimamah usia, hanya cerita antara kita peneman tika kita berduka. Hargailah kawan seadanya. Jangan dijadikan lawan, walau dulu pernah tidak berkawan. Dulu, kini dan selamanya, merekalah kawan. Tak kan terpisah. (kesat hingus)

Stay Love,
xoxo

No comments:

Post a Comment