Friday, 5 April 2013

Hak menerima.


Aku ada kawan nama Zimah. Zimah ni orangnya biasa-biasa sahaja. Ada seorang bos yang perlu dijaga. Dari segi senarai tugas beliau bertanggungjawab terhadap bos beliau. Segala jadual pergerakan bos perlu dipantau oleh beliau. Satu organisasi pekerjaan di Malaysia ni mana ada pekerja yang selalu acah-acah diri mereka bos. Biasa lah, nama pun orang Melayu, hasad dengki bagai sudah menjadi asam garam dalam hidup mereka yang sebegini. Kadang-kadang si Zimah sering kali tertanya-tanya tidak penatkah selalu mencari kesalahan orang lain walaupun sebenarnya benda tu bukanlah isu negara yang perlu diperbesarkan lagaknya. Beliau ni agak menyendiri. Pendek kata tidak suka bergaul dengan rakan sepejabatnya. Boleh dikatakan sedikit sombong bagi yang tidak mengenali beliau. Bagi beliau, daripada sibuk mengumpat sana sini, baiklah beliau duduk sahaja di bangku sambil melayani tugasannya sendiri. 


Waima, tugasan beliau sangat mencabar perlu berhadapan dengan beragam-ragam manusia, bermacam-macam jenis manusia yang ditemui, ada yang bebal tidak boleh di ajar, ada yang belagak pandai tidak boleh terima nasihat, juga tak kurangnya macam lalang bila dicakap ikut sahaja tanpa ada pegangan sendiri. Akan begitu beliau masih tidak ambil peduli akan sikap manusia-manusia  sebegitu. Bagi beliau, manusia ini semua sama sahaja, bergerak atas kepentingan sendiri. Ada yang cuba ambil kesempatan, itu perkara biasa. Tidak kurang juga yang sibuk mahu ambil tahu pelbagai cerita, biarkan mereka. Tetaplah beliau dengan perangai beliau dengan prinsip, selagi hal itu tidak menjejaskan prestasi kerja beliau, semua perkara itu bagai angin yang lalu.

Manusia ini mereka rasa mereka sahaja yang ada mulut untuk bersuara. Mereka lupa barangkali yang senyap itu bukannya bisu dan pekak. Mereka fikir dengan kutukan mereka dan juga umpatan mereka mampu membuatkan beliau rasa rendah diri. Tidak, jangan lupa, kita ada akal yang boleh mengawal emosi kita sendiri. Mengapa mahu biarkan kata-kata negatif meracuni fikiran kita. Kita punya hak untuk menepis akan semua itu. Apa nak dikisahkan. Bukan mereka memberi kita makan. Selagi rezeki itu kita dapat dengan cara halal, mahu kisah apa dengan alasan sejangkal itu. 

Orang yang bijak mengawal emosi ketika diberitahu kepada kita akan seseorang yang tidak suka akan kita, manusia paling bijak. Kenapa kita perlu ambil tahu apa yang orang tidak suka pasal kita. Biarkan mereka terus begitu. Bukankah setiap manusia itu berhak untuk suka dan tidak suka akan seseorang itu. Anggap sahaja mereka umpama berkata pada diri mereka sendiri. Begitulah prinsip Zimah akan dirinya yang tidak mahu ambil kisah apa orang kata. Selagi bos beliau masih mahu berkerjasama dengan beliau, beliau diamkan sahaja. Bukankah diam itu lebih bermakna. 

Beliau rasa pesen yang melaga-lagakan orang ni semakin bermaharaja lela. Penyampaian orang itu kepada orang ini, ketidak sukaan orang itu kepada orang ini, apa mahu buat, masing-masing tidak punya tahap kedewasaan yang tinggi walaupun umur mencecah setengah abad. Bawak-bawaklah bertaubat.

sumber : google

p/s : Kenyataan-kenyataan berbaur hasad dengki ni boleh pergi mati. Jangan hadam dia dalam otak, tapi buang dia bawah tapak kaki. Abaikan.

Stay Love,
xoxo.

No comments:

Post a Comment