Kau kata kau cinta,
Tapi cinta yang bagaimana?
Cinta yang mahukan balasan,
Dari sang pencinta juga,
Atau cinta bertepuk sebelah tangan,
Dia sudah berpunya.
Mungkin juga cinta sementara,
Bila memerlukan.
Yang bagaimana mahumu sayang?
Kau kata kau setia,
Setia yang bagaimana?
Setia yang mengorbankan nyawa?
Oh itu bodohnya kamu.
Setia hujung nyawa,
Punyakah lagi manusia seperti itu.
Atau mungkin setia di bibir,
Pandai berpura-pura.
Yang mana mahumu sayang?
Semahunya apa kamu mahu sayang,
Tolong jangan mainkan perasaan ku.
No comments:
Post a Comment