Wednesday, 24 April 2013

KECEWA!



Sebut pasal kecewa semua orang pernah hadapi kekecewaan dalam hidup. Sedar tak sedar perasaan ni sering kali terjadi dalam hidup kita. Kecewa tak dapat menang pertandingan bercerita waktu kanak-kanak, kecewa mak tak belikan gula-gula balik sekolah, kecewa tak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kecewa perasaan kecundang di tengah jalan dan berbagai-bagai bentuk kecewa lagi. Sakit bukan perasaan itu. Tapi melalui kekecewaan itu juga kita belajar menghargai akan kemenangan yang kita kecapi. Kita belajar menghidupkan kegembiraan yang kita pernah ada, kita belajar untuk mempercayai diri sendiri supaya bekerja dengan lebih kuat untuk berjaya. Ya, aku tahu kecewa itu sakit. Bahkan paling sakit sekali sepanjang kehidupan. Aku rasa dalam dunia ini semua orang pernah rasa perasaan kecewa itu. Bohongan semata kalau mereka mengatakan mereka tidak pernah kecewa. Gila barangkali.

Kamu tahu kalau sakit ditikam pisau itu pedihnya boleh nampak, darahnya mengalir, bagaimana pula dengan bentuk kecewa itu? Tidak nampak bukan? Tidak cedera bukan. Kita sahaja yang rasa sakit itu, jauh tersudut dalam hati, pedih. Serasa mahu membenam muka di dalam air dan lemaskan diri. Ah, manusia lain hanya tahu membicarakan, tapi tak pernah tahu untuk memahami. Menghukum perbuatan yang lain. Kecewa kita pada mereka, mereka persetankan. Kadang-kadang kekecewaan itu jika kita layankan sasau dibuatnya. Hilang arah tuju. Hilang tempat untuk berjalan lurus. 


Sumber : Google.



Sebaiknya, kita bangkit dari kekecewaan, mulakan semula langkah perjalanan, berdiri semula seimbangkan pertahanan agar esok tidak kecewa lagi. Hadamkan saja rasa kecewa itu. Tulikan saja perasaan kecewa itu. Rileks lah, ilmuan yang nak buat sesuatu teori diguna pakai hari ini pun kecewa beribu-ribu kali, tapi tak pernah putus asa kan? Kalau sekali kita baru dikecewakan, apalah sangat dengan sepanjang hidup kita bernafas. Kenapa kita nak sia-siakan hidup kita, ye dak?

Perjalanan hidup singkat, tapi kalau kita tahu tujuan kita walau semuanya kita tak nampak, dia jadi panjang untuk sampai titik berhenti pada suatu tempat. Hiduplah dengan gembira. Terlalu sedih untuk kita siakan.


Stay Love,
xoxo

Friday, 19 April 2013

#Perasaan Yang Telah Mati.




Kau diamkan diri,
Aku asingkan diri.
Terpisah.

Aku tahu kau terluka,
Aku lebih dalam lagi,
Tembusi hati,
Mati.

Kau tahu perasaan itu bahagia,
Aku yang bunuh dia.
Lupakan.

Kau tahu kita tak mungkin dapat bersama.
Aku biaskan hati.
Merana.

Tolong jangan tinggalkan aku,
Tapi aku mohon kau pergi.
Hilang.

Aku tunggu kau suatu hari nanti,
Kita tak mungkin bersama.
Jodoh.


Stay Love,
xoxo

Monday, 15 April 2013

Just Give Me a Reason.




Right from the starts
You were a thief
You stolen my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren’t all that pretty
And with every touch
You fixed them

Now you’ve been talking in your sleep
Oh, oh
Things you never say to me
Oh oh
Tell that you’ve had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit’s enough
Just a second we’re not broken just bent
And we can learn to love again
It’s in the stars
It’s been written in the scars
Oh our heart
That we’re not broken just bent
And we can learn to love again

I’m sorry I’m don’t understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(oh we had everything)
You head is running wild again
My dear we still have everthin’
And it’s all in your mind
(Yeah but this is happenin)

You’ve been having real bad dreams
Oh oh
You used to lie so close to me
Oh oh
There’s nothing more than empty sheets
Between our love,  Oh our love, our love

Oh tear ducts and rust
I’ll fix it for us
We’re collecting dust
But our love’s enough
You’re holding it in
You’re pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We’ll come clean


Stay Love,
Xoxo

Wednesday, 10 April 2013

Sayang, itu dulu.



Kau kata kau cinta,
Tapi cinta yang bagaimana?
Cinta yang mahukan balasan,
Dari sang pencinta juga,
Atau cinta bertepuk sebelah tangan,
Dia sudah berpunya.
Mungkin juga cinta sementara,
Bila memerlukan.
Yang bagaimana mahumu sayang?

Kau kata kau setia,
Setia yang bagaimana?
Setia yang mengorbankan nyawa?
Oh itu bodohnya kamu.
Setia hujung nyawa,
Punyakah lagi manusia seperti itu.
Atau mungkin setia di bibir,
Pandai berpura-pura.
Yang mana mahumu sayang?

Semahunya apa kamu mahu sayang,
Tolong jangan mainkan perasaan ku.



Friday, 5 April 2013

Hak menerima.


Aku ada kawan nama Zimah. Zimah ni orangnya biasa-biasa sahaja. Ada seorang bos yang perlu dijaga. Dari segi senarai tugas beliau bertanggungjawab terhadap bos beliau. Segala jadual pergerakan bos perlu dipantau oleh beliau. Satu organisasi pekerjaan di Malaysia ni mana ada pekerja yang selalu acah-acah diri mereka bos. Biasa lah, nama pun orang Melayu, hasad dengki bagai sudah menjadi asam garam dalam hidup mereka yang sebegini. Kadang-kadang si Zimah sering kali tertanya-tanya tidak penatkah selalu mencari kesalahan orang lain walaupun sebenarnya benda tu bukanlah isu negara yang perlu diperbesarkan lagaknya. Beliau ni agak menyendiri. Pendek kata tidak suka bergaul dengan rakan sepejabatnya. Boleh dikatakan sedikit sombong bagi yang tidak mengenali beliau. Bagi beliau, daripada sibuk mengumpat sana sini, baiklah beliau duduk sahaja di bangku sambil melayani tugasannya sendiri. 


Waima, tugasan beliau sangat mencabar perlu berhadapan dengan beragam-ragam manusia, bermacam-macam jenis manusia yang ditemui, ada yang bebal tidak boleh di ajar, ada yang belagak pandai tidak boleh terima nasihat, juga tak kurangnya macam lalang bila dicakap ikut sahaja tanpa ada pegangan sendiri. Akan begitu beliau masih tidak ambil peduli akan sikap manusia-manusia  sebegitu. Bagi beliau, manusia ini semua sama sahaja, bergerak atas kepentingan sendiri. Ada yang cuba ambil kesempatan, itu perkara biasa. Tidak kurang juga yang sibuk mahu ambil tahu pelbagai cerita, biarkan mereka. Tetaplah beliau dengan perangai beliau dengan prinsip, selagi hal itu tidak menjejaskan prestasi kerja beliau, semua perkara itu bagai angin yang lalu.

Manusia ini mereka rasa mereka sahaja yang ada mulut untuk bersuara. Mereka lupa barangkali yang senyap itu bukannya bisu dan pekak. Mereka fikir dengan kutukan mereka dan juga umpatan mereka mampu membuatkan beliau rasa rendah diri. Tidak, jangan lupa, kita ada akal yang boleh mengawal emosi kita sendiri. Mengapa mahu biarkan kata-kata negatif meracuni fikiran kita. Kita punya hak untuk menepis akan semua itu. Apa nak dikisahkan. Bukan mereka memberi kita makan. Selagi rezeki itu kita dapat dengan cara halal, mahu kisah apa dengan alasan sejangkal itu. 

Orang yang bijak mengawal emosi ketika diberitahu kepada kita akan seseorang yang tidak suka akan kita, manusia paling bijak. Kenapa kita perlu ambil tahu apa yang orang tidak suka pasal kita. Biarkan mereka terus begitu. Bukankah setiap manusia itu berhak untuk suka dan tidak suka akan seseorang itu. Anggap sahaja mereka umpama berkata pada diri mereka sendiri. Begitulah prinsip Zimah akan dirinya yang tidak mahu ambil kisah apa orang kata. Selagi bos beliau masih mahu berkerjasama dengan beliau, beliau diamkan sahaja. Bukankah diam itu lebih bermakna. 

Beliau rasa pesen yang melaga-lagakan orang ni semakin bermaharaja lela. Penyampaian orang itu kepada orang ini, ketidak sukaan orang itu kepada orang ini, apa mahu buat, masing-masing tidak punya tahap kedewasaan yang tinggi walaupun umur mencecah setengah abad. Bawak-bawaklah bertaubat.

sumber : google

p/s : Kenyataan-kenyataan berbaur hasad dengki ni boleh pergi mati. Jangan hadam dia dalam otak, tapi buang dia bawah tapak kaki. Abaikan.

Stay Love,
xoxo.