Sebut pasal kecewa semua orang pernah
hadapi kekecewaan dalam hidup. Sedar tak sedar perasaan ni sering kali terjadi
dalam hidup kita. Kecewa tak dapat menang pertandingan bercerita waktu
kanak-kanak, kecewa mak tak belikan gula-gula balik sekolah, kecewa tak dapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kecewa perasaan kecundang di tengah
jalan dan berbagai-bagai bentuk kecewa lagi. Sakit bukan perasaan itu. Tapi
melalui kekecewaan itu juga kita belajar menghargai akan kemenangan yang kita kecapi.
Kita belajar menghidupkan kegembiraan yang kita pernah ada, kita belajar untuk
mempercayai diri sendiri supaya bekerja dengan lebih kuat untuk berjaya. Ya,
aku tahu kecewa itu sakit. Bahkan paling sakit sekali sepanjang kehidupan. Aku
rasa dalam dunia ini semua orang pernah rasa perasaan kecewa itu. Bohongan
semata kalau mereka mengatakan mereka tidak pernah kecewa. Gila barangkali.
Kamu tahu kalau sakit ditikam pisau itu
pedihnya boleh nampak, darahnya mengalir, bagaimana pula dengan bentuk kecewa
itu? Tidak nampak bukan? Tidak cedera bukan. Kita sahaja yang rasa sakit itu,
jauh tersudut dalam hati, pedih. Serasa mahu membenam muka di dalam air dan
lemaskan diri. Ah, manusia lain hanya tahu membicarakan, tapi tak pernah tahu
untuk memahami. Menghukum perbuatan yang lain. Kecewa kita pada mereka, mereka
persetankan. Kadang-kadang kekecewaan itu jika kita layankan sasau dibuatnya.
Hilang arah tuju. Hilang tempat untuk berjalan lurus.
Sumber : Google.
Sebaiknya, kita bangkit dari kekecewaan,
mulakan semula langkah perjalanan, berdiri semula seimbangkan pertahanan agar
esok tidak kecewa lagi. Hadamkan saja rasa kecewa itu. Tulikan saja perasaan
kecewa itu. Rileks lah, ilmuan yang nak buat sesuatu teori diguna pakai hari
ini pun kecewa beribu-ribu kali, tapi tak pernah putus asa kan? Kalau sekali
kita baru dikecewakan, apalah sangat dengan sepanjang hidup kita bernafas. Kenapa
kita nak sia-siakan hidup kita, ye dak?
Perjalanan hidup singkat, tapi kalau kita
tahu tujuan kita walau semuanya kita tak nampak, dia jadi panjang untuk sampai
titik berhenti pada suatu tempat. Hiduplah dengan gembira. Terlalu sedih untuk
kita siakan.
Stay Love,
xoxo
No comments:
Post a Comment