Aku tahu ramai yang faham maksud sailing
ni apa. Hokay, autocorrect ni cakap sailing, hek eleh sangat. Sebenarnya aku
nak cakap pasal sailang. Kalau korang faham maksud dia lebih kurang bunyinya
macam korang ambil hak orang. Itu maksud kalau korang kabur sangat nak faham,
bahasa biadapnya korang ni bolehlah dikategorikan sebagai perampas. Perampas. Ambil
hak orang. Okey la, aku nak tanya korang ni, siapa yang bagi hak dekat korang
sebenarnya? Siapa yang memandai cakap kalau korang dah ada hubungan secara
verbal or non verbal, secara sah atau haram yang orang tu hak korang? Siapa? Korang
sendiri hidup pun tiada hak atas diri korang sendiri melainkan yang Atas tu. Dialah
yang paling berhak. Aku faham, kita akan rasa marah sangat dekat perampas tu
kan yang berani ambil hak kita, tapi korang ingat tak yang hak itu diberi
daripada yang di Atas. Kita ni bukan sesiapa yang nak marah orang lain rampas
hak kita. Memang, manusia punya banyak perasaan. Tapi kalau korang pasrah dan
redha pada yang berhak, korang tak kan rasa nak menyumpah, memaki, mahupun menyalahkan
takdir sebab kita memang tak berhak atas sesiapa melainkan dia. So lepas ni
kalau hak korang kena ambil dengan orang, korang anggap itu ujian, mungkin hak
itu dipinjamkan pada kita sekejap je, buat merasa mencari pengalaman hidup
orang kata, tapi yang lebih berhak tahu itu Dia yang di Atas. Siapalah kita
untuk pertikaikan apa hak orang lain dapat dengan yang diberi pada kita.
Tapi tu tak bermakna kita perlu
bulat-bulat serahkan pada takdir. Kalau macam tu sampai bila pun kita tak
berusaha. Bukan semua benda datang dari langit macam tu jer. Perlu lah
seimbang. Cumanya aku nak kabor pesen kalau orang rampas kita punya hak tu kita
janganlah terus melenting. Terus nak bertumbuk bawak bergaduh, ya, kau cakap
bolehlah sebab kau tak pernah rasa benda yang kau sayang dirampas. Ingat, hidup
kita pun tak kekal. Bertenang, fikir semula, fikir, fikir guna akal fikiran
yang waras, jangan guna perasaan marah, ambil masa, ambil sebanyaknya, mungkin
perampas itu akan buka mata kalau tak hati kita yang kita perlu pijak pada realiti.
Tak semua benda kita nak kita akan dapat sebab perancangan Allah itu hebat.
Aku pernah rasa, kawan kita
dirampas, sakit. Aku pernah rasa kasih itu dirampas, sakit. Aku pernah rasa
perasaan itu. Tapi kita tak boleh nak salahkan perampas sebab dia pun bukan nak
yang macam tu, sebab dia pun hanya ikut apa yang telah ditetapkan oleh dia
sebagai ujian. Jangan cakap hanya kita sahaja terima ujian, selagi hidup
sebagai manusia, ujian hidup tak kan pernah berpisah dari kita. Tak akan.
Stay Love,
xoxo