Ada masa-masanya kita akan rasa yang segala benda yang kita buat serba tak kena. Serba salah, serba kekurangan, serba tak sempurna, segala serba serbi dan tindakan yang kita buat mendatangkan rasa gelisah, rasa marah, rasa benci, rasa tertekan rasa yang pelbagai rasa. Jika diadunkan semua rasa itu tidak mungkin mencipta rasa bahagia.
Kadangkala aku keliru dalam membuat keputusan, benda keliru ni contohnya macam kau nak pergi sana tapi nak pergi ke taknak pergi ke, nampak kek coklat macam nak makan tapi tak rasa nak makan kek coklat tu lalu kau membuat pesanan lain yang takde kena mengena dengan benda asal. Apa yang aku nak beritahu sebenarnya perasaan tu, keliru tu, oh ya keliru tu kita pun tak faham sebenarnya apa yang di mahukan.
Erti kata lain,dalam hidup, ada orang sukakan kita dan kita sukakan dia balik, tapi yang lagi satu kita tak berapa sukakan dia, tapi dia sukakan kita, atau mungkin dia memang tak sukakan kita, tapi kita sukakan dia. Kalau macam ni yang mana satu yang korang akan pilih? Mesti korang akan cakap baik kita pilih yang suka dekat kita dan kita suka dekat dia. Tapi macam mana yang suka dekat kita dan kita tak suka dekat dia? Dan yang kita betul-betul suka dekat dia. Takkan kita nak biarkan perasaan suka kita pada dia hilang macam tu? Perasaan ini boleh terbahagi berapa banyak sebenarnya? Cukup rapuh ke kasih seseorang itu sehingga boleh berbagi-bagi kepada orang lain?
Bila persoalan berbangkit yang timbul, keliru mula memainkan peranan. Sama ada kekuatan keliru tu berpihak pada perasaan kita atau berpihak pada akal kita untuk mentafsir. Kalau akal kita dapat tepis segala kekeliruan itu, emosi kita mungkin boleh jadi neutral aku rasa. Tapi jika emosi lebih mendahului fikiran, aku tak rasa masalah ini akan selesaikan dengan cara yang mudah. Paling mudah pun, aku rasa aku akan bunuh semua perasaan itu dahulu kemudian berfikir dengan tenang. Apa kau orang ingat bunuh perasaan itu macam kita bunuh semut, itupun belum tentu kita sampai hati nak membunuh, jika berani bunuh pun, kau akan rasa penyesalan walau sedikit.
Tidak adil bukan bunuh perasaan sendiri. Jika kita biarkan perasaan itu hidup dalam diri kita, kita akan menjadi keliru, semakin keliru mahu memilh, jika pilihan itu ada. Jika pilihan itu tiada? Aku rasa aku bersedia untuk hidup seperti manusia biasa yang selama ini aku hidup. Bahagia dengan diri sendiri tapi bahagia yang kita tanam sendiri bahawa hidup sendiri itu indah. Atau berkasih tapi kita derita memikirkan kemana hala tuju.
sumber dari kaca mata atas talian.
Jika ada penimbang tara, aku tak rasa kasih sayang tu semua sama rata. Bohongan semata jika kita cakap kita dah adil pada keduanya dan pada sesiapa.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku sayang kau sepenuh hatiku. Jangan kau cuba mendustai apa yang kita rasa. Perasaan yang kita kongsi bersama.
ReplyDeleteSayangnya aku tidak yakin pada cintamu.
ReplyDelete