Friday, 10 May 2013

Sailang.



Aku tahu ramai yang faham maksud sailing ni apa. Hokay, autocorrect ni cakap sailing, hek eleh sangat. Sebenarnya aku nak cakap pasal sailang. Kalau korang faham maksud dia lebih kurang bunyinya macam korang ambil hak orang. Itu maksud kalau korang kabur sangat nak faham, bahasa biadapnya korang ni bolehlah dikategorikan sebagai perampas. Perampas. Ambil hak orang. Okey la, aku nak tanya korang ni, siapa yang bagi hak dekat korang sebenarnya? Siapa yang memandai cakap kalau korang dah ada hubungan secara verbal or non verbal, secara sah atau haram yang orang tu hak korang? Siapa? Korang sendiri hidup pun tiada hak atas diri korang sendiri melainkan yang Atas tu. Dialah yang paling berhak. Aku faham, kita akan rasa marah sangat dekat perampas tu kan yang berani ambil hak kita, tapi korang ingat tak yang hak itu diberi daripada yang di Atas. Kita ni bukan sesiapa yang nak marah orang lain rampas hak kita. Memang, manusia punya banyak perasaan. Tapi kalau korang pasrah dan redha pada yang berhak, korang tak kan rasa nak menyumpah, memaki, mahupun menyalahkan takdir sebab kita memang tak berhak atas sesiapa melainkan dia. So lepas ni kalau hak korang kena ambil dengan orang, korang anggap itu ujian, mungkin hak itu dipinjamkan pada kita sekejap je, buat merasa mencari pengalaman hidup orang kata, tapi yang lebih berhak tahu itu Dia yang di Atas. Siapalah kita untuk pertikaikan apa hak orang lain dapat dengan yang diberi pada kita. 

Tapi tu tak bermakna kita perlu bulat-bulat serahkan pada takdir. Kalau macam tu sampai bila pun kita tak berusaha. Bukan semua benda datang dari langit macam tu jer. Perlu lah seimbang. Cumanya aku nak kabor pesen kalau orang rampas kita punya hak tu kita janganlah terus melenting. Terus nak bertumbuk bawak bergaduh, ya, kau cakap bolehlah sebab kau tak pernah rasa benda yang kau sayang dirampas. Ingat, hidup kita pun tak kekal. Bertenang, fikir semula, fikir, fikir guna akal fikiran yang waras, jangan guna perasaan marah, ambil masa, ambil sebanyaknya, mungkin perampas itu akan buka mata kalau tak hati kita yang kita perlu pijak pada realiti. Tak semua benda kita nak kita akan dapat sebab perancangan Allah itu hebat. 

Aku pernah rasa, kawan kita dirampas, sakit. Aku pernah rasa kasih itu dirampas, sakit. Aku pernah rasa perasaan itu. Tapi kita tak boleh nak salahkan perampas sebab dia pun bukan nak yang macam tu, sebab dia pun hanya ikut apa yang telah ditetapkan oleh dia sebagai ujian. Jangan cakap hanya kita sahaja terima ujian, selagi hidup sebagai manusia, ujian hidup tak kan pernah berpisah dari kita. Tak akan.

Stay Love,
xoxo